CyberlinQ SK Sungai Lampam

 
Masa

Best View @ 1280x800

with

Negaraku Malaysia
Sembang-sembang

Sorotan Sejarah

Hari bersejarah bagi rakyat Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.

Counter
Counter Stats
web counters

User Online : pengunjung


Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan
Monday, August 20, 2007
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan (Pemasyhuran) Kemerdekaan

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan Bahasa Inggeris.

Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.


Sumber : http://ms.wikipedia.org/
posted by Team LPro @ 10:04 PM   0 comments
Logo Hari Kemerdekaan Ke-50

Rasional Logo

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara.


Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.

posted by Team LPro @ 9:40 AM   0 comments
Di Sebalik Tabir Pameran dan Tayangan Bertema : "Imbasan 50 Tahun Kemerdekaan"
Saturday, August 18, 2007










posted by Team LPro @ 7:14 AM   1 comments
Pameran dan Tayangan Bertema : "Imbasan 50 Tahun Kemerdekaan"
Team LPro dengan kerjasama Perpustakaan Siber Ilmu Chikus telah mengadakan satu pameran dan tayangan yang bertemakan "Imbasan 50 tahun Kemerdekaan" pada 16 Ogos 2007 bertempat di Perpustakaan Siber Ilmu Chikus. Program ini telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat dan sekolah-sekolah yang berhampiran. Di samping itu juga, satu pertandingan mewarna telah diadakan dan kumpulan sasaran pertandingan ini adalah Prasekolah dan Tabika KEMAS, tahun 1 hingga tahun 6.















Sebahagian daripada pelajar-pelajar sekolah dan orang ramai

Muhd Yusof memberi penerangan mengenai Pameran dan Tayangan yang dilakukan oleh Team LPro

Tayangan "movie"

Pameran di luar Perpustakaan Siber Ilmu Chikus


Sebahagian daripada bahan pameran di dalam Perpustakaan Siber Ilmu Chikus

Keadaan di Perpustakaan Siber Ilmu Chikus

Peserta-peserta Pertandingan Mewarna

Leka mewarna :D

Peserta dari SK Sungai Lampam

Advisor Team LPro menyampaikan cenderamata kepada wakil Perpustakaan Siber Ilmu Chikus

Sesi penyampaian hadiah

Sesi penyampaian hadiah bagi Kategori Tahap 1


Bagi pihak Team LPro, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perpustakaan Siber Ilmu Chikus kerana kerjasama yang diberikan untuk menjayakan program kami. Terima Kasih
posted by Team LPro @ 6:01 AM   0 comments
Struktur Projek
Sunday, August 5, 2007
..:TAJUK PROJEK:..
Imbasan 50 Tahun Kemerdekaan Negaraku Malaysia

..:MATLAMAT :..
1. Merapatkan hubungan komuniti setempat dengan warga SK. Sungai Lampam melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

2. Memberi pendedahan secara terus kepada komuniti setempat tentang Imbasan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia

..:OBJEKTIF:..
1. Menerapkan semangat patriotisme pelajar dan masyarakat sempena 50 Tahun Kemerdekaan.

2. Menggalakkan pelajar berinteraksi dengan masyarakat mengenai bahan atau maklumat yang dipamerkan.

3. Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menghayati erti kemerdekaan Negara Malaysia tercinta.

..:JANGKAMASA :..
23 Julai 2007 Hingga November 2007

..:STRUKTUR PROJEK:..

BIL.

JANGKA MASA

AKTIVITI

TINDAKAN

1

24 Julai

hingga

31 Julai

Penyediaan bahan dari :

*Muat turun dari internet

*Perpustakaan sekolah & Perpustakaan Desa

*Pejabat Penerangan Daerah dan lain-lain

Advisor dan murid

Guru-guru SK. Sungai Lampam

2

1 Ogos

Hingga

17 Ogos

*Pameran Peringkat Sekolah

*Ceramah ‘ Kemerdekaan Malaysia ‘ – Jemputan luar yang melibatkan AJK Persatuan Ibubapa dan Guru SK. Sungai Lampam.

*Pertandingan Kuiz Kenali Tokoh Sejarah Kemerdekaan Negara Kita.

*Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang.

*Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik.

Advisor dan murid

Guru-guru SK. Sungai Lampam

AJK Persatuan Ibubapa dan Guru SK. Sungai Lampam.

3.

18 Ogos

Hingga

25 Ogos

*Mengadakan pameran dan tanyangan slide di Dewan

*Orang Ramai Kampung Sungai Lampam Kanan.

*Ceramah Kemerdekaan

*Mengadakan kuiz kemerdekaan Malaysia

Advisor dan murid

Guru-guru SK. Sungai Lampam

Ketua Kampung dan JKKK Sungai Lampam Kanan

4.

26 Ogos

Hingga

2 September

Persediaan untuk kemuncak hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah dan Daerah.

*Rakaman video

*Mengambil gambar – gambar semasa perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah.

Advisor dan murid

Guru-guru SK. Sungai Lampam

5.

3 September

Hingga

15 September

*Mengadakan Gotong royong membersihkan Dewan Orang Ramai Sungai Lampam Utara disamping mengadakan pameran dan tanyangan Slide sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia

*Sukaneka Kemerdekaan.

Advisor dan murid

Guru-guru SK. Sungai Lampam

Ketua Kampung dan JKKK Sungai Lampam Utara.

6.

16 September

Hingga

22 September

Pameran dan Tanyangan slide di Perpustakaan Desa Mukim Sungai Manik

*Pertandingan melukis potret tokoh pejuang kemerdekaan

*Pertandingan mewarna Jalur Gemilang.

Advisor dan murid

Guru-guru SK. Sungai Lampam

Pengurus Perpustakaan Desa Mukim Sungai Manik.

7.

23 September

Hingga

28 September

Program bersama anak-anak Tadika Kemas Kampung Sungai Lampam.

Bercerita tentang Sejarah Kemerdekaan Malaysia

*Pertandingan mewarna Jalur Gemilang.

*Nyanyian Lagu-lagu Patriotik

Advisor dan murid

Guru Tadika Kemas Sg.Lampam

Ketua Kampung SG. Lampam Kanan.



BIL.

ANGGARAN PERBELANJAAN

1.

Penyediaan bahan RM 250.00

2.

Pengangkutan ke lima destinasi RM 150.00

3.

Hadiah Pertandingan 8 x RM 50 RM 400.00

4.

Cenderahati Penceramah 2 x RM100 RM 200.00


JUMLAH RM 1000.00


..:HASIL YANG DIHARAPKAN :..

1. Membolehkan pelajar dapat berinteraksi dengan baik dengan komuniti setempat

2. Memberi keyakinan kepada pelajar dengan keupayaan sendiri ketika berinteraksi

3. Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi

4. Memberi pendedahan kepada komuniti setempat betapa penting Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan masa kini.
posted by Team LPro @ 7:07 PM   1 comments
Siapakah Team LPro?
Saturday, August 4, 2007

Sebahagian aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Team LPro

Team LPro



posted by Team LPro @ 7:56 PM   0 comments
Team LPro

Name: Team LPro
Home: SK Sungai Lampam
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by



BLOGGER

PENAFIAN:
SK Sungai Lampam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.